MAJLIS ACARA " BERANTAR"
Bersempena dengan Maulidur Rasul 2011 JKKK dengan kerjasama Masjid Daruliman Debak Laut telah berjaya menganjur Majlis Khatamal Al-Quran Beramai-Ramai.Majlis ini telah disertai oleh 9 orang peserta iaitu anak-anak penduduk Kampung Debak Laut.Majlis ini telah dimulai dengan Acara Berantar.Acara Berantar ini dimulai perarakan dari hujung Kampung Debak Laut Hilir hinggalah ke Astaka tempat Khataml dijalankan iaitu di perkarangan Masjid Daruliman Debak Laut.Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Berlulut.Majlis ini dimulai dengan perarakan dengan menaiki lori berhias yang bermula dari Kampung Debak Laut melalui Pekan Debak menuju ke Kampung Babu Debak, Kampung Bungey Debak dan Kampung Lalang Debak.Selepas itu berpatah balik semula ke Kampung Debak Laut. Perarakan ini dimulaka pada jam 8.40 malam.
Majlis Khatamal Beramai-Ramai Berlamngsung
Seramai 9 orang peserta memperdengarkan bacaan masing-masing.
Kepada AJK yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak syabas dan rahniah diucapkan.Begitu juga kepada orang perseorangan dan YB di atas sumbangan yang telah anda berikan maka majli KBR ini dapat dijayakan dengan lancar.Begitu juga jepada Kumpulan Hadrah Kelab Warisan Kesenian Kampung Debak Laut di bawah pimpinan Saudara Kamari Kasom telah memeriahkan majlis ini.Tidak ketinggalan juga kepada semua warga Debak Laut yang cukup spoting.TERIMA KASIH DAUN KELADI........................