KELAB HADRAH KESENIAN WARISAN JKKK KG DEBAK LAUT HULU


Kumpulan ini telah ditubuhkan awal tahun 2011.Kelab ini terdiri daripada 40 orang ahli lelaki dan perempuan. Kumpulan ini sering mendapat undangan luar.Kumpulan Hadrah Kesenian Warisan ini diketuai oleh Encik Kamari Kasom dan dibantu oleh Puan Rokayah Enju.




  

 

MAJLIS KHATAMAL AL- QURAN BERAMAI-RAMAI

MAJLIS ACARA " BERANTAR"

Bersempena dengan Maulidur Rasul 2011 JKKK dengan kerjasama Masjid Daruliman Debak Laut telah berjaya menganjur Majlis Khatamal Al-Quran Beramai-Ramai.Majlis ini telah disertai oleh 9 orang peserta iaitu anak-anak penduduk Kampung Debak Laut.Majlis ini telah dimulai dengan Acara Berantar.Acara Berantar ini dimulai perarakan dari hujung Kampung Debak Laut Hilir hinggalah ke Astaka tempat Khataml dijalankan iaitu di perkarangan Masjid Daruliman Debak Laut.



Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Berlulut.Majlis ini dimulai dengan perarakan dengan menaiki lori berhias yang bermula dari Kampung Debak Laut melalui Pekan Debak menuju ke Kampung Babu Debak, Kampung Bungey Debak dan Kampung Lalang Debak.Selepas itu berpatah balik semula ke Kampung Debak Laut. Perarakan ini dimulaka pada jam 8.40 malam.

                                                                                    
Majlis Khatamal Beramai-Ramai Berlamngsung
Seramai 9 orang peserta memperdengarkan bacaan masing-masing.
Kepada AJK yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak syabas dan rahniah diucapkan.Begitu juga kepada orang perseorangan dan YB di atas sumbangan yang telah anda berikan maka majli KBR ini dapat dijayakan dengan lancar.Begitu juga jepada Kumpulan Hadrah Kelab Warisan Kesenian Kampung Debak Laut di bawah pimpinan Saudara Kamari Kasom telah memeriahkan majlis ini.Tidak ketinggalan juga kepada semua warga Debak Laut yang cukup spoting.TERIMA KASIH DAUN KELADI........................

Maklumat Berdasarkan Bancian 2010


1 Penuntut
1.1       Penuntut SMK Saribas ( 56 orang )
1.2       Pelajar Sekolah Rendah ( 103 orang )
1.3       Pelajar SJK Chung Hua Debak ( 21 orang )
1.3       Pelajar Tabika Kemas ( 24 orang )
1.4       Pelajar Pra Sekolah ( 9 orang )
1.5       Penuntut Universiti/IPTA  ( 5 orang )
1.6       Belum bersekolah ( 76 orang )

2 Pekerjaan
2.1       Guru   ( 13 orang )
2.2       Polis   ( 7 orang )
2.3       Askar  ( 3 orang )
2.4       Migresen  (1 orang )
2.5       Telekom  ( 1 orang )
2.6       Kilang  ( 28 orang )
2.7       Swasta ( 14 orang )
2.8       Peniaga ( 6 orang )
2.9       Buruh  ( 174 orang )
2.10    Penoreh getah  ( 39 orang )
2.11    Petani  ( 63 orang )
2.12    Penganggur ( 73 orang )
2.13    Menagkap ikan  ( 2 orang )

3 Purata Umur Penduduk Kampung Berdasarkan bancian 2010
3.1       60 tahun ke atas  ( 43 orang )
3.2       50 – 59 tahun       ( 78 orang )
3.3       40 – 49 tahun       ( 72 orang )
3.4       30 – 39 tahun       ( 124 orang )
3.5       20 – 29 tahun       ( 180 orang )
3.6      10 – 19 tahun        ( 180 orang )
3.7      1 – 9 tahun             ( 219 orang )

4 Orang Kelainan Upaya [ OKU ]
4.1             3 orang

PROFIL KAMPUNG

PROFIL KAMPUNG
Nama Kampung : Kampung Debak Laut Hulu
Daerah : Debak, Betong SarawaK
Mukim : Debak
Negeri : Sarawak
JKKK : JKKK Kampung Debak Laut Hulu
Keluasan Kampung : 28 Hektar
Bilangan Penduduk : 843 oaran
Pecahan Penduduk : Lelaki 451 orang dan 392 orang
Bikangan Rumah : 123 buah rumah
Rumah PPRT : 2 buah
Pekerjaan Penduduk : Mejoriti bekerja sendiri, kakitangan awam dan swasta
Aktiviti Pertanian : Tanaman Padi, Getah, Kelapa sawit dan sedikit menanam sayur
Kemudahan Asas : Telefon, Air Paip, Elektrik,Tabika Kemas,Padang Bola Sepak,Tanah Lot, Tanah Perkuburan
Perhubungan : Jalan Raya Berturap dan Sungai
MOTO
BERSATU , BERILMU , DAN BERINTEGRITI DEMI KEMAJUAN KAMPUNG

MATLAMAT
1.    Menjadikan masyarakat sihat dan produktif
2.    Mempastikan kampung bersih, ceria dan indah
3.    Melahirkan masyarakat berilmu
4.    Mengeratkan hubungan silaturahim dan saling bekerjasama di kalangan penduduk
5.    Membentuk modal insan yang berteraskan Al - Quran dan As Sunnah

SEJARAH PENUBUHAN

Pada tanggal Februari 2010 JKKK Kampung Debak Laut Hulu telah ditubuhkan. Penubuhan ini adalah atas arahan daripada pihak atasan. JKKK Kampung Debak Laut Hulu telah diterajui oleh genarasi lama bergabung dengan generasi baru. Di samping atas arahan pihak atasan, memandangkan perihal memikirkan betapa penting kemajuan kampung, maka atas foktor inilah yang telah mendorong kami menubuhkan JKKK Debak Laut Hulu ini.

Malam Perasmian Kelab Warisan Seni JKKK Kampung Debak Laut Hulu



Ramai tetamu jemputan yang datang menghadiri malam tersebut. Majlis ini telah dirasnikan oleh Yang Berhormat Doktor Wahbi ADUN N30 Saribas.

BAND KELAB KESENIAN WARISAN JKKK DEBAK LAUT HULU

Pada malam tersebut para penonton telah dihiburkan  dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan.
Antara aktivitinya ialah Bermukon, Hadrah, Lagu 60an, Tarian dan Pencak Sliat.
Aktiviti nyanyian pada malam tersebut telah diiringi oleh Band Kelab Kesenian warisan JKKK Debak Laut Hulu di bawah pimpinan saudara Man. Untuk makluman Band ini juga telah menjuari pertandingan Kugiran sempena Pesta Bungin baru-baru ini.